Open an affiliate account has been opened
Account:
Password:

Your password has been also sent to the provided email address.

Prinsip fungsi pautan Afiliasi

Pautan afiliasi adalah alat utama untuk merekodkan pelanggan yang dirujuk. Setiap rakan niaga yang berdaftar mempunyai pautan afiliasi tersendiri. Pedagang yang telah mengikuti pautan ini dan membuka akaun dagangan bersama dengan InstaForex dalam tempoh setengah tahun di mana pautan yang terakhir dikunjungi direkodkan secara automatik sebagai yang dirujuk oleh pemilik pautan; oleh demikian, rakan niaga itu menerima komisen dan ganjaran lain.

Apakah struktur pautan Afiliasi?

Pautan Afiliasi terdiri daripada dua bahagian:

Sekiranya, sebagai contoh, anda inginkan pautan anda untuk membawa pelanggan ke halaman peraduan, ia akan kelihatan seperti ini:https://www.instaforex.com/ms/forex_contests.php?x=ABC, di mana ABC adalah kod afiliasi peribadi anda. Pautan sedemikian merekodkan setiap pelanggan yang mengikutinya.

Selain itu, dalam Kabinet Rakan Niaga InstaForex terdapat pilihan untuk membuat pautan afiliasi anda sendiri. Rakan niaga boleh memasukkan sehingga lima kata kunci untuk menggunakannya dan bukan kod yang diperuntukkan secara automatik pada pendaftaran.

Kod Afiliasi

Kod afiliasi yang terdiri daripada 3-5 huruf boleh digunakan bukan sahaja sebagai sebahagian daripada pautan afiliasi. Sekiranya anda mencadangkan rakan anda membuka akaun dengan InstaForex dan minta mereka memasukkan kod anda dalam ruangan pendaftaran tertentu, mereka akan direkodkan sebagai pelanggan yang dirujuk dengan anda juga, walaupun mereka tidak menekan pada pautan anda.

Sekiranya pelanggan sudah mempunyai akaun dagangan dengan syarikat dan ingin menyertai kumpulan afiliasi anda atau sekiranya anda mempunyai persoalan lain mengenai pautan afiliasi, sila hubungi kami di eng.partners@instaforex.com.