Open an affiliate account has been opened
Account:
Password:

Your password has been also sent to the provided email address.

Panduan untuk menarik pelanggan

Bahagian ini mengandungi kepelbagaian maklumat berharga yang mana instrumen pemasaran lebih baik untuk merujuk kepada pelanggan sekarang dan masa depan. Anda akan belajar bagaimana untuk membangunkan tapak web anda sendiri, mempromosikannya di internet, dan menarik seberapa banyak pedagang yang mungkin.

Mewujudkan laman sesawang anda sendiri
Pada masa ini, walaupun seorang pengguna PC baru mampu membuat laman web yang mudah untuk diri mereka. Terdapat pelbagai karya penulisan dan video tutorial bagaimana untuk menghasilkan atau mewujudkan sebuah laman web dari awal. Di peringkat awal, anda perlu mencipta tajuk dan membeli nama domain untuk laman web masa depan anda (AS$ 10 secara purata) dan membayar pembekal perkhidmatan hosting (AS$ 30 secara purata setiap tahun). Untuk mencari pembekal yang terbaik, anda perlu memasukkan kombinasi kata "Nama domain" atau "Beli nama domain" di mana-mana enjin carian; "Perkhidmatan hosting web" dimasukkan untuk membayar hosting. Kebiasaannya, ketika memesan perkhidmatan hosting web, anda boleh mendapatkan nama domain dari pembekal yang sama. Anda boleh menyemak sekiranya domain yang dipilih adalah percuma di laman pembekal atau perkhidmatan berikut: http://www.whois-service.com/.Adalah tidak disarankan untuk memohon kepada perkhidmatan hosting tanpa bayaran, seperti narod.ru atau ucoz.ru. Hal ini kerana perkhidmatan hosting seperti itu tidak akan memajukan kualiti projek anda dan menambah daya tarikan pelanggan; Selain itu, ia mungkin menghalang promosi selanjutnya dalam enjin carian.Untuk membina sumber web anda sendiri, anda juga boleh menggunakan Content Management Systems (CMS) tanpa kos, seperti Joomla, WordPress, Drupal tersedia untuk dimuat turun dalam mod percuma. Antara muka CMS yang mesra pengguna membolehkan mereka bentuk laman web biasa dalam tempoh satu hari. Pilihan template percuma memberi anda peluang untuk memilih gaya, reka bentuk dan tema individu untuk laman web anda.
Mengisi laman web dengan kandungan maklumat
Asas bagi mana-mana laman web adalah kandungan bermaklumat dan berulang kali dikemas kini selaras dengan subjek utama sumber web. Anda boleh menyiarkan atau memaparkan pelbagai artikel tentang kewangan, berita kewangan dunia, dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan pengalaman langsung beroperasi di pasaran forex. Selain itu, kami mencadangkan menggunakan pelbagai bahan yang tersedia di laman rasmi sebagai kandungan utama dan pelbagai tambahan, sebagai contoh:
Promosi laman web
Anda perlu ingat bahawa tidak cukup sekiranya hanya merancang laman web: juga perlu mengiklankan dan mempromosikannya di enjin carian untuk menarik pelanggan baru anda. Pengiklanan secara konteks dianggap sebagai salah satu cara yang bermanfaat untuk menyampaikan maklumat tentang laman web anda kepada pengguna. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Yandex.Direct or Google AdWords.Search Engine Optimization (SEO) boleh dipesan dari sebuah syarikat reka bentuk web; Walau bagaimanapun, anda cukup mampu untuk membangunkan laman web anda sendiri. Pelbagai pelajaran video dan artikel internet akan membantu anda mengetahui cara membuat frasa kata kunci dan tajuk kata kunci yang hebat, mengatur pautan masuk, membuat kiriman teks, membuat sebahagian besar pautan pada laman web lain, dan sebagainya..
Promosi di rangkaian sosial
Di samping itu, untuk mempromosikan pautan sekutu anda, anda boleh menggunakan rangkaian sosial secara skala penuh kerana mereka merangkul berjuta-juta orang di seluruh dunia yang bersosial dan bertukar berita setiap hari. Justeru, anda perlu menggunakan sebaik mungkin rangkaian sosial seperti Facebook, Vkontakte, Odnoklassniki, Twitter, dan puluhan perkhidmatan rangkaian sosial lain untuk menarik pelanggan sasaran.Anda boleh membentuk kumpulan (halaman) dalam mana-mana laman web rangkaian sosial dan membuat kiriman maklumat mengenai perdagangan di pasaran mata wang asing, juga berita terkini, dan penerangan mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh InstaForex. Anda boleh menambah rakan dalam kumpulan, membuat tinjauan pendapat, menawarkan untuk mengetahui keadaan perdagangan unik yang lebih baik oleh broker runcit InstaForex. Jangan lupa menggunakan kod afiliasi peribadi anda dalam pautan ke laman web kami.
Pengiklanan luar talian
Selain itu, jangan lupa tentang peralatan promosi seperti pengiklanan luar talian. Oleh demikian, anda boleh menggunakan pelbagai pemberian promo, seperti booklet, flyers, risalah, kad perniagaan, dan lain-lain serta penerbitan media dan iklan luar. Bahan bercetak biasanya mengandungi maklumat ringkas tentang kelebihan InstaForex, butiran kenalan rakan niaga, dan penerangan perkhidmatan (contohnya, kursus latihan, seminar, dan tutorial). Anda boleh mengedarkan handout tersebut di tempat orang ramai dan juga di ruangan maklumat di pusat perniagaan dan pusat membeli-belah. Anda boleh memutuskan reka bentuk yang bersesuaian bagi mana-mana produk luar talian dari pelbagai susun atur yang tersedia di laman web kami di bahagian Produk Berjenama.
Tutorial
Untuk mendorong/memberangsangkan minat pelanggan, anda boleh menjalankan kursus pembelajaran, kuliah, dan bengkel. Anda boleh menjemput jurulatih/tenaga pengajar forex luar. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi, anda boleh menjalankan tutorial sendiri. Kursus pembelajaran dapat disampaikan secara dalam talian (online) (melalui skype, menerusi pelajaran video yang dirakam). Sebagai alternatif, anda boleh membentangkan bahan pembelajaran di luar talian; Oleh demikian, anda perlu menyewa bilik seminar dengan set perabot dan peralatan penting, seperti kerusi, meja, komputer, projektor multimedia) sama ada secara berbayar atau percuma bergantung kepada matlamat dan kemungkinan anda.Anda boleh menghasilkan kursus tutorial anda sendiri atau menggunakan bahan pendidikan kami untuk pedagang permulaan. Acara sedemikian adalah bermanfaat kepada pedagang baru dan juga professional bergantung kepada topik dan tahap pengalaman. Oleh demikian, dengan bantuan bahan-bahan pendidikan, anda tidak boleh hanya menarik pelanggan ke kumpulan afiliasi anda, tetapi juga menggalakkan mereka untuk memulakan perdagangan secara aktif.
Peralatan untuk pemerolehan pelanggan yang berkesan
Untuk menarik minat pelanggan sasaran, anda boleh menggunakan pelbagai jenis tawaran yang bermanfaat untuk para pedagang baru dan yang berpengalaman :
  • Peraduan
    Pilihan pelbagai pertandingan/peraduan bagi akaun demo dengan dana hadiah kukuh untuk sejumlah AS$ 3,000 adalah peluang yang baik untuk pedagang baru mengetahui tentang pasaran Forex. Tanpa sebarang risiko, para pedagang pada peringkat kemasukan bukan sahaja boleh mencuba melakukan perdagangan, tetapi bersaing untuk merebut hadiah dengan melakukan pendepositan pada akaun dagangan nyata. Pedagang yang berpengalaman dengan senang hati untuk mengambil bahagian dalam pertandingan bagi akaun dagangan nyata yang memberi peluang untuk memenangi salah sebuah kereta mewah dari InstaForex. Dengan berbuat demikian, seseorang boleh melihat halaman dengan senarai semua peraduan yang tersedia pada pautan afiliasi anda.
  • Bonus
    Adalah mungkin bahawa mana-mana pedagang yang tergoda/tertarik untuk menggunakan peluang tanpa had yang tersedia untuk pelanggan InstaForex Bonus Selamat Datang 30%, dan bahkan Bonus 55% dikreditkan pada akaun dagangan mereka. Oleh demikian, anda boleh menarik pelanggan dengan menawarkan mereka untuk meningkatkan pendepositan mereka secara percuma dengan cara membuka dan menambah akaun dagangan nyata.
  • Sistem Pulangan Spread Automatik
    Anda boleh menetapkan syarat dagangan peribadi untuk setiap rujukan anda yang memberi mereka kembali sebahagian daripada komisen yang mereka bayar, dengan itu memastikan pulangan spread separa pada akaun dagangan dengan menggunakan Sistem Pulangan Spread Automatik (Sistem Rebat). Anda secara manual boleh menyesuaikan Sistem Pulangan Spread yang fleksibel dalam Kabinet Rakan Niaga, justeru anda dengan mudah dapat mendorong semua atau sebahagian rujukan anda bergantung pada hasil perdagangan mereka.
  • Perkhidmatan syarikat
    Dengan menggunakan pelbagai perkhidmatan syarikat, anda memperoleh sokongan di padangan pelanggan yang paling canggih. Oleh demikian, bagi mereka yang tidak bersedia untuk berdagang di pasaran Forex sendiri, adalah mungkin untuk menawarkan pelaburan dalam sistem PAMM. Bagi mereka, yang masih lagi mencari serta memahami secara terperinci mengenai perdagangan, terdapat perkhidmatan inovatif untuk menyalin perdagangan selaras dengan Sistem ForexCopy.
  • Program afiliasi dua-peringkat
    Sekiranya peserta baru program afiliasi mendaftarkan akaun afiliasi mereka dengan menggunakan pautan afiliasi anda, pelanggan yang dimaksudkan akan memasuki kumpulan anda sebagai pelanggan rujukan peringkat kedua atau Sub-IB (peserta program afiliasi dua peringkat yang dikenali sebagai Sub-Introducing Broker ). Program ini membolehkan pemilik pautan afiliasi untuk mendapatkan ganjaran tambahan sebanyak 0.2 pips untuk setiap perdagangan yang dilaksanakan oleh pelanggan yang diperoleh oleh Sub-IB anda.